Friday, May 27, 2011

Hari paling istimewa...

Salam...

Pd tanggal 16hb 4 2011 adalah hari yg paling bahagia dlm hidup aku. aku telah di Ijab Qabul kn ngn pasangan hati aku yg tersayang... Kasih syg yg terjalin selama lebih 3 tahun berakhir dgn satu ikatan perkahwinan & telah membuka buku baru dlm hidup aku... Aku rs sgt bahagia.

Nk story la skit psl crte wedding aku ni. Sblm aku gerak ke Temerloh ( Umah isteri aku) pd 15hb 4 tu aku ada game lwn ngn Sime Darby kt Home ground ( Stadium Usm ). Lps selesai je game mlm tu aku trus blk n pack brg yg aku nk bwk ke temerloh. mlm tu nk tido pn ssh mcm2 benda yg aku pk. smpai xleh nk tdo. risau pn ada excited pn ada. hehe

16hb pg tu aku pn gerak la ngn family ke temerloh, dr penang 3 buah keta je. Sedara yg len smua dtg dr KL. So jumpa kt sn trus la. Ms dlm perjalanan tu aku terasa lmbt giler nk smpai. Hehe Tp bila dh smpai jd xsenang duduk la plak. Aku akad nikah mlm 16 hb tu so aku smpai di temerloh aku dok Hotel Seri Malaysia. Sempat lg aku ngn adik2 sepupu smua p berkubang kt kolam renang, hehehe nk hilang kn rs gementar. kuikuikui...

Mlm tu lps isyak aku gerak ke umah isteri aku, lbh kurang kul 9 dh time tu. Smpai je kt depan umah aku tgk adik beradik die ramai lg tmbh risau aku, hehe dh tu plak tok khadi pn xsmpai lg. tp mmg aku la yg kne tgu khadi xkn khadi yg tgu aku plak. hehehe Lps selesai akad nikah smua kami gerak p mkn. lps mkn tu ada upacara merenjis plak. wat mlm tu jgk... so majlis esk nye dh xde renjis2 lg dh... Selesai merenjis ada karok plak... aku pn karok je la ngn wife aku then br la aku blk ke hotel... lewat jgk la aku blk mlm tu. hehehe

Pd 17 hb 4 tu, majlis besar blh wife aku. ramai gak org dtg aritu.. segan pn ada dh la kne pkai makeup. hehehe bg nmpk putih skit. Alhamdulillah smua nye berjalan lancar aritu. Terima kasih kepada saudara mara n kawan2 yg telah memeriah kn lg majlis kami pada hari tu...

Ok sampai sni dlu... Assalamualaikum.








Wednesday, May 25, 2011

USM FC ke Piala Malaysia...??

Insyallah dgn usaha yg kuat dr para pemain serta sokong padu dan doa dr penyokong dan pihak pengurusan USM FC, aku rasa team USM mmg blh pergi lbh jauh...

Tp skrg ni cuma team perlu konsisten dlm mengekalkan prestasi terbaik dlm setiap perlawanan.. Persembahan & prestasi permainan yg mcm Yo-Yo ni perlu dihentikan & perlu di ubah...

Bg aku klu pemain dpt bermain bersungguh2 dan sepenuh hati, mst USM dpt melakar sejarah sbg Universiti pertama beraksi dlm Piala Malaysia... aku harap sejarah ni dpt dicipta & jd realiti. Kepada pemain2 USM FC. aku harap smua dpt beraksi cemerlang dlm baki 2 perlawanan ni utk kita smua mencipta sejarah baru bg usm & diri masing2...

"WE LEAD"

Monday, May 16, 2011

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

R -

'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.


I -

'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.


C -

'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.


E -

'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.